Makmal Komputer Merdeka 62

Memperingati ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 62.

Makmal Komputer Merdeka 62

Memperingati ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 62.

Makmal Komputer Merdeka 62

Memperingati ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 62.

Makmal Komputer Merdeka 62

Memperingati ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 62.

Makmal Komputer Merdeka 62

Memperingati ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 62.

Pelan Lantai


Kemudahan


Piagam Pelanggan


1. Melahirkan guru dan pelajar yang celik komputer dan ICT.
2. Memberi perkhidmatan mesra kepada guru-guru dalam penggunaan  peralatan dan perkakasan ICT.
3. Melapor dengan segera sebarang kerosakan peralatan ICT kepada pihak yang bertanggungjawab.
4. Memastikan semua guru dan pelajar dapat menggunakan peralatan ICT yang dibekalkan oleh
   Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
5. Memastikan makmal komputer/pusat akses sekolah berada dalam keadaan baik dan kondusif sesuai
    dengan pusat teknologi maklumat dan komunikasi.
6. Melaksanakan aktiviti yang menyumbang ke arah menjana kreativiti pelajar di dalam bidang
    Teknologi Maklumat.
7. Memastikan makmal komputer/pusat akses sekolah dibuka dan   beroperasi pada setiap hari
    persekolahan.



Peraturan Keselamatan

1. Dilarang membawa masuk CD, disket atau sebarang perisian luar ke dalam makmal komputer.  
    Jika  perlu bawa, hendaklah diimbas terlebih dahulu oleh PIC (Personal In Charge) sebelum 
    digunakan.
2.  Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah  
     sebarang sambungan wayar pada komputer tanpa kebenaran.
3.  Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer yang terlalu 
     panas  atau  sebarang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada PIC. 
     Padamkan mana-mana suis yang perlu.
4.  Padamkan suis pencetak selepas digunakan.
5.  Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan kepada PIC.
6.  Dilarang mengubah sebarang tetapan dalam komputer.
7.  Jangan buka laman web yang tidak berfaedah bagi P & P dan tidak selamat.
8.  Pastikan anda keluar dari program atau shutdown komputer mengikut tatacara yang betul.

Konsep Keselamatan Di Dalam Makmal Komputer

1.  Mengutamakan keselamatan di tempat kerja.
2.  Perbuatan semasa mengendalikan pekerjaan.
3.  Keadaan persekitaran yang sihat.




Peraturan Makmal Komputer


MAKMAL KOMPUTER
1.    Pengguna tidak boleh masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
2.    Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Susun atur semula kerusi supaya kemas.
3.    Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang   bertugas.
4.    Pengguna dilarang membawa masuk beg, makanan dan minuman ke dalam makmal komputer.
5.    Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal     komputer.
6.    Semua pengguna dikehendaki mengikuti jadual waktu penggunaan makmal komputer.
7.    Semua pengguna dikehendaki mencatat pada buku rekod penggunaan komputer.
8.    Semua guru dikehendaki membuat catatan di dalam buku rekod penggunaan makmal komputer setiap kali menggunakan makmal komputer.
9.   Pengguna dilarang melayari internet pada alamat-alamat yang tidak senonoh (lucah).
10. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.
11. Pengguna komputer dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer.
12. Pengguna dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
13. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
14. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas.




Objektif


Matlamat ICT SK Bagan Terap boleh direalisasikan melalui objektif yang  berikut:
Pengetahuan
1. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistem komputer/Teknologi
    Maklumat.
2. Membimbing murid mengetahui sistem pengoperasian komputer.
3. Memberi peluang murid untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin ilmu.
4. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya berkaitan dengan komputer dan  Teknologi 
    Maklumat.
Kemahiran
1. Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang sesuai melalui penggunaan 
Teknologi Maklumat.
2. Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu/kumpulan melalui kemudahan Teknologi 
   Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi.
3. Menguasai kemahiran pengaturcaraan yang membolehkan murid membangunkan sesuatu sistem.

Nilai
1. Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat.
2. Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan murid, institusi atau individu dalam 
    masyarakat.


Misi,Visi dan Motto


Misi
Memperoleh, mengurus dan menyedia bahan maklumat yang lengkap, tepat dan terkini bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran berteraskan teknologi bestasi yang menepati piawaian dan berkualiti serta bertunjangkan konsep.

Visi
Menjadi Sumber Akademik yang unggul berasaskan budaya teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan insan yang berdaya saing, global dan beretika.

Motto
Maklumat Tepat, Teknologi Bermanfaat, Ilmu Berkat



Jawatankuasa Induk